Powered By Blogger

Sunday, February 10, 2013

TAMADUN ROM


LATAR BELAKANG

Jelaskan latar belakang kemunculan  tamadun Rom         
Berkembang di kawasan Bukit Palantine berhampiran Sungai Tiber, di lembah Latium.


Lembah ini didiami oleh masyarakat Latin.


Pemerintah Rom mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar.


Majlis perbandaran telah mewujudkan kemajuan dan keselesaan hidup penduduk di bandar.


Pelbagai kemudahan disediakan di bandar seperti bekalan air / rumah ibadat / teate/ rumah mandi awam/  istana.




Jelaskan  mengenai keistimewaan bandar Pompei         


Merupakan bandar contoh dengan pelbagai kemudahan.




Mempunyai 50 000 penduduk.




Terdapat mahkamah, pejabat, dewan, perpustakaan, rumah ibadat, kedai, pintu gerbang, dan colloseum.




Terdapat sistem saliran bawah tanah sejauh 165km.




Kesannya, bekalan air dapat dibekalkan dengan sempurna






Senaraikan keistimewaan Bandar Pompei
(Bandar contoh)    (50.000 penduduk)  (isi bandar)   (Saliran bawah tanah)


PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
Jelaskan mengenai sistem pemerintahan beraja di Rom           
Bermula dengan sistem beraja.


Rom diperintah oleh raja berketurunan Etruscan yang bukan berketurunan Latin.


Golongan bangsawan dikenali sebagai Patrician telah memberontak terhadap pemerintahan beraja mutlak.


Tahun 509 S.M, Rom menjadi sebuah Republik 



Jelaskan  mengenai  sistem pemerintahan Republik di Rom         
Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul  .


Mereka dilantik oleh Dewan Senat


Dengan ada dua konsul, mereka tidak ada yang lebih berkuasa.


Konsul dibantu oleh Dewan Senat yang diwakili oleh golongan bangsawan.


Tugas Dewan Senat membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan merangka undang-undang.


Sebelum ahli Dewan Senat dilantik sebagai konsul, beliau ialah ‘proeotor’ iaitu pemerintah tentera.


Di bawah Dewan Senat ialah Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh semua rakyat Rom.


Segala keputusan Dewan Senat disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan.


Sistem Republik ditamatkan apabila Julius Caesar mengisytiharkan diri sebagai diktator.




Jelaskan  mengenai pemerintahan    Julius Caeser di Rom

Terkenal sebagai ketua tentera yang agung.



Menguasai Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Britain, dan beberapa kawasan Jerman.



Membentuk pentadbiran berpusat iaitu kesan penyatuan wilayah-wilayah kecil yang ditakluki.



Menguasai angkatan tentera dan Dewan Senat.



Menggunakan gelaran maharaja.



Dibunuh pada tahun 44 S.M. oleh penyokong Jeneral Pompey




Jelaskan  mengenai pemerintahan   pemerintahan Augustus  di Rom
Meneruskan gelaran maharaja.


Membawa keagungan dan keamanan kepada Empayar Rom..


Keamanan kekal selama 200 tahun.


Zaman kegemilangan ini digelar Pax Romana (keamanan Rom).


Dapat membawa keamanan kepada empayar yang terdiri daripada tiga benua iaitu Asia, Afrika, dan Eropah



PERUNDANGAN
Jelaskan mengenai ciri-ciri undang-undang Rom
Undang-undang Rom pertama ialah Hukum Kanun 12. 


Dipahat pada kayu   .


Diletakkan di tempat awam untuk tatapan. rakyat 


Dikenali sebagai papan  dua belas.


Lahir pada zaman Republik



Senaraikan usaha Maharaja Justinian (Maharaja Byzantine)  dalam bidang perundangan
Mengumpul, menyatukan dan membukukan Undang-Undang Rom.


Usaha ini melahirkan ‘Kod Undang-Undang Rom’.


Dikenali juga sebagai ‘Undang-Undang Justinian’.


Terdiri daripada Undang-Undang Sivil, Undang-Undang Rakyat, dan Undang-Undang Natural.



Senaraikan prinsip Undang-Undang Rom
Semua manusia sama di sisi undang-undang.


Seseorang tidak akan bersalah sehingga dibuktikan kesajahannya.


Keadilan terhadap  setiap individu..


Hukuman adalah berasaskan bukti yang mencukupi



 PENDIDIKAN
Jelaskan  ciri-ciri pendidikan dalam tamadun Rom 
Menekankan aplikasi ilmu yang praktikal.


Menekankan semangat setia kepada Rom.


Peringkat awal banyak mengambil unsur dari Yunani.


Pusat pendidikan berkembang pesat di bandar-bandar Rom.


Pusat pendidikan telah melahirkan jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan dan jalan raya.


Pusat pendidikan dapat melahirkan ahli falsafah dan sejarawan.



FALSAFAH
Jelaskan  ciri-ciri  Falsafah  dalam tamadun Rom  
Tidak mempunyai ramai ahli falsafah.


Banyak mengambil dari tamadun Yunani.


Falsafah Rom diasaskan daripada falsafah Stoisisme (ahli Falsafah Yunani).


Falsafah Stoisme mengajar bahawa kebahagiaan hidup manusia bergantung pada hubungan dengan alam.


Menekankan keadilan, perikemanusiaan, tanggungjawab dan keberaniaan


SAINS DAN TEKNOLOGI
Jelaskan  ciri-ciri   Sains dan teknologi  dalam tamadun Rom
Beothius merupakan tokoh matematik


Beliau mengaitkan metamatik dengan muzik, astronomi dan geometri


Terpengaruh dengan perkembangan sains dan teknologi tamadun Yunani


1 comment: