Powered By Blogger

Tuesday, April 9, 2013

TEKNIK BELAJAR BERKESAN UNTUK PELAJAR LELAKI

Aduh pening kepala cikgu memikirkan apakah formula yang sesuai untuk anak SMADF yang semuanya lelaki ni...Dah nak masuk  6 tahun cikgu mengajar di sekolah ini... tahun lepas cikgu sedikit gagal melahirkan pelajar cemerlang sejarah.Puas mencari punca...agaknya cikgu banyak sangat beri tumpuan pada pelajar PMR. Keputusan  PMR menjadi SPM pula...Seribu kemaafan andainya inilah punca ketidak cemerlangan awak semua dalam mata pelajaran sejarah aduhai pelajar SPM 2012.Hidup mesti diteruskan yang penting Allah belum nak bagi rezeki mungkin usaha x cukup kuat.  Apalah yang boleh dikatakan...pasrah benda dah berlaku...

Tahun ini cikgu akan cuba mengatur langkah... tidak mahu pisang berbuah 2X mungkin Allah nak beri peringatan pada cikgu juga...jangan dibuai mimpi.

Ciri-ciri pelajar lelaki tentang menerima pelajaran

i.   tak suka cikgu menceceh...terus je buat latihan
ii   tak payah terang berjela-jela  x diapiknya tidor karang
iii  aktif banyak pergerakan x boleh duduk diam...punggung x ada lemak
iv  suka diberi ganjaran /
v   malas baca buku teks/soalan pun kadang x baca habis
vi  kerja asal ada..cincai janji siap dan betul

Tahun ni cikgu nak cuba buat nota poket... bab 1 bab 2 bab 9 tingkatan 5 wajib pelajar yang dapat buat bab lain selain yang cikgu suruh ada ganjaran...kata nak A kangkang plus kiri kanan   +A+

latihan soalan objektif mesti lebih 1001soalan

2 latihan struktur seminggu dan satu soalan esei

1 latihan kertas 3 setiap dua bulan.

silibus mesti habis akhir bulan Jun

bulan Julai sudah start Kelas Mastery