Powered By Blogger

Tuesday, January 29, 2013

TAMADUN HWANG HO


TAMADUN HWANG HO

 Di manakah lokasi tamadun Hwang Ho (ms28)                                                                                   


Dilembah Hwang  Ho yang subur(Sungai Kuning)      
        


Senaraikan Tiga dinasti yang wujud dalam tamadun Hwang Ho (ms29)                                                                                                                                
Dinasti Hsia       /        Dinasti Shang     /      Dinasti Chou                 



Namakan dinasti beraja pertama di China                                                                                                                                
Dinasti Hsia                         



Namakan  Bandar terawal Tamadun Hwang Ho (ms29)                                               

 Anyang       


Senaraikan ciri-ciri Bandar Anyang (ms29)                                                    
Salah satu contoh Negara kota


Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran.             


Ketua pemerintah ialah raja, golongan pembesar dan golongan agama.


Dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh.


Di kelilingi oleh perkampungan petani.           



Senaraikan susun lapis masyarakat Dinasti Shang (ms30)                                                 
Golongan raja dan pembesar.    /      Golongan petani dan artisan.      /       Golongan hamba                                  



Apakah kegunaan gangsa yang dalam Dinasti  Shang   yang dihasilkan oleh golongan artisan                                             
 Menghasilkan senjata / perisai / hiasan pada kereta kuda                                  



Jelaskan pengkhususan pekerjaan dalam Dinasti Shang                                                                                                        
Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing


Terdapat pasukan tentera berkuda dan tentera berjalan kaki


Golongan petani menjadi tonggak ekonomi


Terbentuk golongan artisan yang mencipta barangan tembaga seperti bekas minuman/ makanan / senjata


Wujud golongan hamba



Apakah tugas golongan hamba (ms30)                                                                                                        
Tentera paksaan.


Membantu kerja-kerja perburuhan.


Untuk tujuan korban dan upacara penyembahan         



Jelaskan ciri-ciri sistem pemerintahan Dinasti Shang (ms31)                                                     
Pemerintahan beraja.


Pengganti raja selalunya saudara lelaki atau anak lelaki raja.


Raja mempunyai kewibawaan politik / ekonomi /  sosial  / agama.


Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.


Masyarakat percaya kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.


Raja-raja Shang tidak perlu mendapat pengesahan politik kerana mereka daripada keturunan pemerintah agama


Raja dibantu oleh golongan bangsawan /  pegawai kerajaan dalam pentadbiran.. 


Bagi wilayah luar, pentadbiran dibantu oleh golongan bangsawan.


Golongan bangsawan dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya


Bangsawan berhak mewujudkan pentadbirannya sendiri dalam hal cukai /pertahanan/ undang-undang



Senaraikan  ciri-ciri   sistem pemerintahan Dinasti  Chou(ms31)                                                          
Raja-raja Dinasti Chao membahagikan  tanah kepada wilayah-wilayah


Melantik pembesar di setiap wilayah


Raja mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintah dan diminta memberi hadiah kepada  raja seperti hamba kereta kuda / senjata /


Pembesar diminta  melindungi raja


Pembesar diminta memberi bantuan tentera semasa perang


Pembesar diberi hak  menjadi ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan



Apakah yang dimaksudkan mandat daripada tuhan (ms31)                                                                                                        
Percaya jika raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat akan menikmati  kemakmuran kerana pemerintahan direstu oleh tuhan.


Percaya pemerintah Shang telah kehilangan mandat kerana berlaku zalim        



Jelaskan ciri-ciri keagamaan dan kepercayaan tamadun Hwang Ho.   (ms 31)
kepercayaan animisme     


Kepercayaan politeisme.


Penyembahan roh nenek moyang.


Menyembah tuhan syurga dan tuhan bumi


Penyembahan terhadap sungai / bukit / gunung           


Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban 


Upacara penyembahan diketuai oleh golongan bomoh


Jumpaan tulang binatang dan kulit kura yang dikenali sebagai tulang oracle


Fungsi tulang oracle untuk meramalkan sesuatu keadaan


Golongan bomoh terlibat dalam upacara penilikan ini dengan meletakkan tulang ini di atas unggun api.


Rekahan pada tulang ditafsirkan dengan sesuatu kejadian



Apakah kesan amalan penilikan tulang oracle? (ms31)       
Membawa kepada sistem tulisan  awal di China 



Apakah nama tulisan tamdun awal China? (ms31)               
Tulisan China ini berbentuk ideogram iaitu tulisan berbentuk simbol   



SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO

Terangkan sumbangan tamadun Hwang Ho dalam peradaban dunia
Bidang politik  
Mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno .
Sistem pemerintahn monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching.
Sedikit perubahan dialkukan iaitu gelaran raja ditukar kepada maharaja
Konsep anak syurga dan mandat dari syurga dikaitkan dengan raja..      

Aspek ekonomi (Pertanian) 
Pembinaan sistem pengairan
Mengairi kawasan pertanian dan untuk mengelakkan banjir
Kemajuan teknologi pembajakan
Penciptaan cangkul / sabit
Penggunaan batas untuk tujuan tanaman
Perubahan secara evolusi penggunaan alat pertanaian daripada kayu kepada besi



Sistem Tulisan
Berkembang secara evolusi
Digunakan  oleh orang China  hingga sekarang
Penggunaannya meluas
Digunakan dalam bidang penulisan / percetakan
Diajar di sekolah-sekolah di China
Penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun

 Sistem kepercayaan
Pemujaan roh nenek moyang 
Dijalankan semenjak Dinasti Shang
Diteruskan mengikut kesesuaian masa
Upacara korban manusia tidak lagi diamalkan tetapi digantikan dengan unsure lain
Konsep Ying dan Yang dan Feng Hsui masih terdapat dalam masyarakat China hari ini

Penciptaan kalendar
Dicipta semasa Dinasti Shang
30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun
Untuk menentukan musim menanam dan menuai
Untuk menjalankan aktiviti harian
Upacara perkahwinan / perburuan / pengkebumian

Pengamalan Falsafah Perang Sun Tzu
Karya beliau The Art of War
Membicarakan selok-belok perang dan menangani musuh
Diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.
Hari ini diaplikasikan sebagai tektik dalam urusan perniagaan

Apakah yang dimaksudkan dengan Yin dan Yang (ms33)                       
Orang China percaya baawa alam semesta dan kejadian alam terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi iaitu Yin dan Yang (Yin ialah kuasa pasif dan Yang kuasa aktif) 






Tuesday, January 22, 2013

soalan sejarah PMR


A:       Apa yang disoal?

1.         Konsep/istilah sejarah/ Ciri-ciri sesuatu peristiwa atau perkara
2.         Sebab/faktor berlakunya sesuatu peristiwa sejarah
3.         Kesan atau akibat sesuatu peristiwa sejarah
4.         Kronologi/urutan peristiwa
5.         Tokoh dalam sejarah
6.         Perjanjian penting dalam sejarah
7.    Organisasi/pertubuhan bukan politik/parti politik/institusi tempatan, serantau, dan antarabangsa
8.         Iktibar/unsur patriotisme/nilai murni peristiwa sejarah
9.         Situasi
10.     Menguji kemahiran calon menggunakan:
~ fakta sejarah    ~ puisi             ~ jadual          ~ peribahasa
~ peta                 ~ pernyataan   ~ maklumat     ~ rajah
~ gambar raja   ~ senarai           ~ petikan         ~ graf

B:       BENTUK SOALAN
1.         Soalan menanyakan sesuatu definisi, makna istilah, dan 
ciri-ciri sesuatu peristiwa sejarah
 Calon perlu memahami konsep / istilah penting dalam sejarah
 Calon perlu memahami sesuatu makna/maksud perkataan tertentu untuk
                   memahami konsep sejarah.
                            
2.         Soalan mengenai sumbangan atau peranan tokoh
 Calon perlu mengkaji kepimpinan, ketokohan, kejayaan, dan sumbangan 
 Buat pengelompokan, pengelasan, dan penzamanan setiap tokoh.

3.         Soalan menanyakan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau
 kesan sesuatu peristiwa Sejarah
   Pemetaan konsep dapat membantu calon memberi gambaran 
menyeluruh dan menunjukkan pertalian antara satu fakta dengan fakta yang lain.

4.         Soalan mengenai pertubuhan,institusi kerajaan, agensi kerajaan,
 parti politik, kesatuan Melayu, organisasi serantau,
 organisasi antara bangsa, dll.
   Calon perlu memahami latar belakang penubuhan, sebab penubuhan,
 tokoh yg terlibat, matlamat penubuhan, sembangan, dan 
impaknya kepada sejarah negara.

5.         Soalan tentang perjanjian penting dalam sejarah
  Apabila calon mengulang kaji sesuatu perjanjian, 
pastikan calon meneliti:
~ Tahun perjanjian itu ditandatangani/penamanan perjanjian
~ Sebab ia ditandatangani
~ Pihak yang menandatangani perjanjian itu
~ Syarat penting atau isi penting sesuatu perjanjian.
~ Kesan sesuatu perjanjian kepada persejarahan negara.
 thanks cikgu muzaini bahan perbengkelan SMADF 2012