Powered By Blogger

Wednesday, February 13, 2013

TAMADUN CHINA


Latar Belakang
Jelaskan belakang tamadun China
Terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas ke Selatan China


Dinasti Chin wujud tahun 221s.m – 206 s.m


Maharaja  Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin


Nama sebenar ialah Raja Chen


Beliau berjaya membentuk empayar yang luas sehingga ke sungai Merah di Vietnam


Beliau berjaya menyatukan semua jajahan takluknya di bawah pentadbirarn pusat



Pemerintahan dan Pentadbiran

Jelaskan ciri-ciri pemerintahan dan pentadbiran tamadun China
Perluasaan kuasa telah mengubah pemerintahan Feudal kepada pentadbiran berpusat


Melahirkan zaman empayar pada zaman Dinasti Chin


Konsep raja bertukar menjadi maharaja


Membentuk birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai kerajaan


Pegawai kerajaan terdiri daripada rakyat yang dilantik oleh jawatankuasa dalam Sistem perkhidmatan awam iaitu Hon Kao Tsu


Perlantikan ini berasaskan pencapaian dalam peperiksaan awam



 Perundangan

Jelaskan ciri-ciri  perundangan tamadun China

Sistem perundangan berteraskan dua prinsip utama iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif



Teras undang-undang ini adalah daripada Falsafah Legalisme



Undang-undang ini diperkenalkan oleh ahli falsafah bernama Han Fei Tzu



Menurut falsafah ini , undang-undang tegas dapat mengawal tingkah laku manusia



Dalam melaksanakan undang-undang , belas kasihan tidak harus wujud



Penguatkuasaan undang-undang harus dipelihara dalam apa juga keadaan 



Raja  mesti memiliki kuasa yang utuh



Ini bertentangan dengan undang-undang berteraskan ajaran Confucius



Ajaran Confucius menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga keharmonian masyarakat



PERLUASAN KUASA
Jelaskan mengenai perluasan kuasa  tamadun China
Bermula pada zaman Dinasti Chin


Semasa pemerintahan Shih Huang Ti


Beliau berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China


Memerintah secara autakratik


Kuasa bangsawan dihapuskan dan digantikan dengan gabenor dan panglima tentera


Tembok Besar China dibina daripada serangan orang gasar ( orang Hun )


Kejatuhan Dinasti Chin menyebabkan kemunculan Dinasti Han


Mahajara Han Wu Tin pada zaman Dinasti Han meluaskan kawasan takluknya melalui angkatan tentera yang kuat


EKONOMI

Jelaskan mengenai  perkembangan ekonomi tamadun China

Tenggala talah diperkenalkan untuk membuat batas tanaman



Penciptaan kolar kuda untuk menarik tenggala kayu , kereta kuda dan penyisir tanah



Di Barat penggunaan kolar kuda telah menyebabkan kuda tercekik tetapi di China dapat menarik beban yang berat dan tidak mencekik kuda



Sistem penanaman bergilir diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah



Kawasan telah diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang



Pembinaan terusan untuk sumber air pertanian



Pembinaan terusan untuk mengawal banjir



Perusahaan logam dan tembikar berkembang sejak zaman Dinasti Han



Hasil perusahaan di dagangkan hingga ke Alam Melayu , India , Timur Tengah dan Barat



Hasil dibawa melalui jalan darat iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudiannya melalui jalan laut



Jalan Sutera Darat bermula dari Rom merentasi kawasan Asia Tengah ke India dan seterusnya ke China



Jalan laut ialah jaringan jalan yang menghubungkan China dengan India dan negara Barat



Muncul persatuan perdagangan yang melahirkan golongan kelas pertengahan yang besar



Perkembangan ekonomi mencetuskan perkembangan Sistem perhubungan seperti jalan raya , jambatan 



Mewujudkan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu





Pendidikan


 Senaraikan ciri-ciri  pendidikan  tamadun China

Matlamat utama pendidikan adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan



Terdapat tiga peringkat pendidikan



Pendidikan rendah tertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci



Peringkat menengah , tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera



Pendidikan di China untuk kepentingan pentadbiran





Jelaskan mengenai Peperiksaan Awam  tamadun China

Mengandungi tiga tahap iaitu tahap pertama ( Hsiu Tai ) , tahap kedua ( Chun-Jen ) dan tahap ketiga ( Chin-Ship )



Tahap pertama setaraf ijazah pertama



Tahap kedua setaraf dengan sarjana



Tahap ketiga setaraf doktor Falsafah



Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah



Peperiksaan tahap kedua di ibu kota daerah



Tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana



Lulus tahap pertama berpeluang menjadi pegawai kerajaan



Lulus tahap ketiga layak menjadi pendidik



Peperiksaan tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun



Peperiksaan tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali



Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia



Peperiksaan ini dikendalikan dengan ketat



Mereka didapati meniru dikenakan hukuman mati



Pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan



Calon akan ditempatkan dalam bilik dengan disediakan makanan



Calon dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan



Sistem Sosial
 Senaraikan ciri-ciri   sistem sosial tamadun China
Golongan pertama ialah golongan atasan yang terdiri daripada lapisan pentadbir ( Maharaja , pegawai,  bangsawan , sida-sida )


Kumpulan kedua terdiri daripada rakyat bawahan iaitu petani dan artisan


Golongan ketiga ialah golongan hamba


Individu di China boleh menukar kelas kepada lebih baik menerusi pendidikan




 Senaraikan  ciri-ciri Kelas Masyarakat Mengikut Confucius   

Membahagikan kepada empat kelas utama



Golongan teratas ialah golongan sarjana



Golongan kedua ialah golongan petani



Golongan ketiga ialah golongan tukang



Golongan paling bawah ialah golongan pedagang



Seni Bina

 Jelaskan seni bina dalam tamadun China     

Membina Tembok Besar China sepanjang 1,500 batu dari Kansu ke Peking



Tembok batu dibina di bandar-bandar lain seperti Anyang , Peking dan Loyang



Setiap tembok terdapat pintu gerbang yang dikelilingi parit besar dan menara



Dalam tembok menempatkan kediaman Maharaja



Salah satu istana raja yang kekal ialah kota larangan



Istana ini mempunyai taman dan dewan



Pembinaan kuil , pagoda , pintu gerbang dan jambatan



Kebanyakan pagoda dibina berbentuk oktagon atau segi empat sama



Sains dan Teknologi

 Jelaskan  kemajuan sains dan teknologi dalam tamadun China     

Penciptaan kertas



Konsep keseimbangan antara dua kuasa iaitu Yang ( kuasa aktif ) dan Yin
( kuasa pasif ) membolehkan seseorang berada dalam keadaan sihat



1 comment:

  1. Assalammuaikum cikgu,kalau boleh saya references dia?..saya nak masukkan dlm assignment saya

    ReplyDelete