Powered By Blogger

Sunday, February 10, 2013

bab 2 tamadun yunani



Latar Belakang


Jelaskan latar belakang tamadun Yunani       

Berkembang di Semananjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang di kelilingi oleh laut Aegean dan Laut Mediterranean



Bermula dengan pembentukan petempatan manusia yang dikenali sebagai negara kota atau polis.



Negara kota atau polis terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung dan bandar



Setiap negara kota mengandungi sebuah kota yang di kelilingi oleh kawasan pertanian



Di dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil dan istana.



Negara kota yang utama ialah Athens, Sparta dan Corinth



Setiap negara kota memiliki corak pemerintahan dan undang-undang tersendiri



Masyarakat dalam negara kota sentiasa bersatu padu



Peperangan sering berlaku antara negara kota tersebut



Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran


Terangkan  sistem  pemerintahan dan pentadbiran di Athens   

Sistem beraja              



Raja dibantu oleh badan yang dinamakan Konsul.



Raja sebagi ketua hakim , ketua tentera dan ketua agama.



Apabila Konsul menjadi kuat peranan raja merosot



Sistem oligarki



Sistem pemerintahan oleh beberapa konsul yang terdiri daripada golongan kaya



Sistem Aristokrasi



Di kalangan Konsul , wujud golongan Aristokrat yang memiliki kuasa yang besar.



Merupakan pemerintahan oleh golongan bangsawan yang kaya.



Sistem Tirani



Wujud akibat rampasan kuasa terhadap pemerintahan Aristokrasi. 



Pemerintahan dipegang oleh diktator yang terdiri daripada golongan kaya dan tentera.



Pemerintahan berkuasa mutlak



 Sistem Demokrasi



Terdiri daripada Dewan Perhimpunan dan Majlis



Warganegara lelaki yang menjadi ahli Dewan Perhimpunan antara 6 bulan hingga 1 tahun



Dewan Perhimpunan bersidang 3 kali dalam sebulan



Setiap ahli boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan



Segala keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh Majlis



Ahli Majlis , Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan Perhimpunan



Dewan mempunyai kuasa penuh terhadap Ahli Majlis, Majistret dan Juri.





Nyatakan ciri-ciri sistem pemerintahan tentera di Sparta        

Sistem pertahanan diberi perhatian yang penting.



Anak lelaki diberi latihan dari awal untuk menjadi askar yang baik.



Sistem latihan ini telah menyebabkan Sparta berjaya melahirkan tentera yang handal dan mempunyai semangat patriotik yang tinggi.



Sistem Perundangan

Nyatakan ciri-ciri perundangan dalam tamadun Yunani         
Dewan Perhimpunan berfungsi menggubal undang-undang.


Kepentingan undang-undang dinyatakan Plato dalam bukunya ‘ Republik ’. 


Plato menyatakan negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka cekap, terbaik dan
berupaya menggubal undang-undang.



Perluasan Kuasa

Jelaskan perluasan kuasa tamadun Yunani        

Yunani dan Mecedonia disatukan semasa pemerintahan Philip II.



Diteruskan oleh anaknya iaitu Alexander the Great.



Alexander the Great telah meluaskan kawasan takluk Yunani 



Dengan menguasai Parsi/ Mesir/ Turkistan / Samarkand.



Akhirnya seluruh kawasan Laut medterranean berada di bawah kekuasaannya. 



Beliau telah terlibat dalam penyebaran kebudayaan Hellenistik.



Kebudayaan Hellenistik  merupakan campuran antara kebudayaan Yunani dan Parsi serta kebudayaan Timur yang lain.



Kebudayaan ini tersebar dari kota-kota utama  dalam empayar Yunani.



Empayar Yunani berakhir dengan kematian Alexender The Great dan dengan kemunculan Rom



Pendidikan
                                                                                                                                                                                                                    
Di Athens, pendidikan bertujuan melahirkan manusia yang seimbang pencapaian dari sudut rohani dan jasmani.


Di Athens menganggap manusia cemerlang ialah manusia yang dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan hidup manusia.


D Athens menekankan pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menghafal dan menulis.
        


Di Sparta matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah dan setia kepada negara kotanya..


Pendidikan lebih menekankan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata.
      


Di Yunani banyak sekolah falsafah wujud di negara Kota di Athens , Thebes , Elea dan Miletus.


Athens dikenali sebagai pusat cendekiawan Yunani yang penting semasa pemerintahan Pericles.


Telah melahirkan sejarawan seperti Thucydides dan Herodotus.


Pemikir dalam sains dan teknologi seperti Thales, Anaximander, Heraclitus dan Anaxagorus


         
Peningkatan Ekonomi
Jelaskan  aktiviti  ekonomi dalam tamadun Yunani         
Tumpuan utama kepada perdagangan kecuali Sparta kerana  keadaan muka buminya bergunung-ganang  sesuai untuk pertanian..


Terdapat peningkatan  perdagangan dengan kawasan luar terutama melalui jalan laut.


Perdagangan pada mulanya  melalui jalan laut di persisiran pantai


Berhampiran Mesir / syria  /  phonecia.


Athens kekurangan tanah untuk pertanian dan menyebabkan menghadapi kekurangan makanan.


Ini menyebabkan negara kota Yunani terpaksa mendapatkan bahan makanan dari luar.


Athens juga menjadi pusat pengumpulan barang keperluan yang datang dari Timur.


Kegiatan perdagangan di negara kota dikenakan cukai dan ini menyebabkan kenaikan harga barang.


Akibatnya ramai orang Yunani berpindah ketempat lain



Sains dan Teknologi

Senaraikan sumbangan sains dan teknologi dalam tamadun Yunani          
Tokoh matematik Yunani, iaitu Thales


Telah mengembangkan ilmu geometri tamadun Mesir Purba.


Hippocrates terkenal sebagai bapa perubatan.


Archimedes ahli matematik dan fizik yang memperkenalkan teori isipadu air dan graviti.


Ptolemy merupakan ahli astronomi.


Pythagoras ahli matematik memperkenalkan Teorem Pythagoras



Falsafah
Terangkan  sumbangan tokoh-tokoh falsafah tamdun Yunani    
Socrates 


Bapa falsafah Barat.


Pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal jawab.


Berusaha mencari unsur-unsur dalam kehidupan dan masyarakat bahagia


  


Plato


Pengikut Socrates.


Pengasas akademi falsafah di Athens yang kekal seribu tahun.


Karyanya ialah Republik


Karya Republik  membincangkan masyarakat paling baik ialah yang diperintah oleh ilmuan dan ahli falsafah





Aristotle  


Merupakan murid kepada plato.


Hasil penerbitan beliau mengandungi ilmu logik , politik , fizik,sains , astronomi dan geologi..


Karya utama beliau ialah politics



Herodotus


Merupakan bapa sejarah..


Menghasilkan karya History Of Persian Wars



Thucydides


Dianggap pengasas sejarah sainstifik..                


Karya beliau ialah History Of Peloponnesian War.


Menggunakan pendekatan menulis sejarah berasaskan penyelidikan



Seni bina
Jelaskan  mengenai Acropolis  dalam tamadun Yunani           
Dibina oleh Pericles


Tujuan dibina adalah untuk keagamaan dan sebagai pusat kegiatan.


Pusat Pertadbiran atau ibu negeri Athens.. 


Terdapat rumah berhala , teater , panthenon



Sistem sosial / susun lapis masyarakat
 Senaraikan susun lapis masyarakat tamadun Yunani           
Di Athens  


Warganegara ( Mempunyai hak dalam politik).


Bukan warganegara .


. Hamba


Di Sparta        


Warganegara tulen


Pekerja


artisan dan pedagang


Helot iaitu petani (golongan Majoriti)



No comments:

Post a Comment