Powered By Blogger

Wednesday, February 13, 2013

tamadun india


LATAR BELAKANG TAMADUN

Jelaskan latar belakang tamadun India  

Kedatangan orang Aryan telah meruntuhkan Tamadun Indus.



Kedatangan orang Aryan telah membawa budaya baru kepada masyarakat lembah Indus



Zaman ini  dikenali sebagai Zaman Vedik



Zaman Vedik diambil sempena kelahiran kitab-kitab Veda



Merupakan permulaan kehidupan beragama dan kelahiran agama Hindu



Selepas bertapak di lembah sungai Indus, mereka beralih ke lembah Ganges



Terdapat dua bentuk kerajaan dalam tamadun Indus,



Kerajaan  Janapada (kerajaan kecil) dan Mahajanapada (kerajaan besar).



 Chandragupta Maurya membentuk empayar pertama India setelah menyatukan seluruh kerajaan kecil di India Utara



SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Nyatakan bentuk pentadbiran peringkat awal tamadun India

Mempunyai dua bentuk kerajaan pada peringkat awal  



kerajaan kecil dan kerajaan besar



Kerajaan kecil bersifat kepuakan dan tidak beraja.



Kerajaan besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi dan Kasola





Jelaskan  ciri-ciri pemerintahan beraja dalam tamadun India

Raja mengamalkan kuasa mutlak.



Raja dianggap suci dan perlu dihormati.



Kedudukan raja diperkukuhkan dengan upacara ritual...



Brahmin menjadi penasihat raja.



Golongan ksyatria menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan




Jelaskan  mengenai Empayar Maurya dalam tamadun India  

Chandragupta Maurya membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India.



Chandragupta Maurya mengubah status raja kepada maharaja.



Empayar Maurya meliputi kawasan Teluk benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush.



Ibu negaranya terletak di Pataliputra.



Zaman kegemilangan pada zaman maharaja Asoka.



Kegemilangan ini disebabkan Asoka berjaya menamatkan Perang Saudara selepas kematian ayahnya, Bindusara dan menakluki negeri Kalinga.



Selepas Perang Kalinga, Asoka menekankan keamanan dan kemajuan sosial dan dasar penaklukan melalui penyebaran agama Buddha.



Asoka mewujudkan birokrasi pentadbiran dalam pemerintahan




Jelaskan mengenai Perang Kalinga 

Berlaku pada masa pemerintahan Asoka.



100 000 telah terkorban dan 150 00 cedera.



Menyedarkan Asoka tentang penderitaan dan kematian.



Menyebabkan Asoka  memeluk agama Buddha dan menyebarkannya dan mengembangkanya


PERUNDANGAN

Jelaskan sistem perundangan dalam tamadun India   





 Perundangan menjadi aspek penting untuk melihat perjalanan kerajaan dan keberkesanan pentadbiran.



Kitab Dharma Sastra dianggap kitab undang-undang Hindu tertua.



Kitab ini dipercayai dihasilkan antara abad keenam hingga abad kedua sebelum masehi.



Raja bertanggungjawab memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang.




   Segala kesalahan yang dilakukan akan dikenakan tindakan atau denda, bergantung pada keseriusan kesalahan tersebut.



Golongan Brahmin menjadi golongan dominan dalam bidang undang-undang kerana mahir dalam hukum-hakam.
    . 



Pada zaman Dinasti Maurya, Undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah raja.



Segala titah perintah raja diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan.



Tujuanya supaya dapat dibaca oleh rakyat.



Tiang itu kini dikenali sebagai Tiang Asoka kerana didirikan pada zaman Asoka.



Beliau sentiasa berpegang pada konsep kesejahteraan rakyat


PERLUASAN KUASA
Jelaskan perluasan kuasa dalam tmadun India    
Mula berlaku pada masa pemerintahan Chandragupta Maurya.


Kejayaan perluasan kuasa dibantu oleh pasukan tentera terdiri daripada 600 ekor gajah, 1000 tentera berkuda dan 10 000 tentera infantri.


Kawasan dikuasai meliputi seluruh India Utara, Punjab, Empayar Seleucid di Syria dan Sempadan India Barat.


 Bindusara, putera Chandragupta meluaskan kuasa ke Mysore di Selatan India. 


Kaedah peluasan kuasa berubah semasa pemerintahan Asoka.


Asoka menekankan dasar lebih lembut untuk memperluaskan pengaruh Maurya.


Asoka meluaskan kuasa melalui penyebaran agama Buddha.


Ini berlaku akibat kemenangan Asoka ke atas Kalinga dalam Perang Kalinga



KEGIATAN EKONOMI
Jelaskan  mengenai  kegiatan ekonomi  dalam tamadun India    
 Berkembang pesat sejak abad ketiga. 


 Melibatkan  perdagangan kawasan di dalam wilayah India dan perdagangan dengan luar negara.


Pusat perdagangan penting ialah Anga, Kalinga dan Karusa.


Pusat-pusat ini menghasilkan gading, senjata, emas, berlian dan mutiara untuk  diperdagangkan.
   


Kerajaan Maurya menjalankan hubungan perdagangan dengan Macedonia, Sri Lanka, Asia Tenggara dan Asia Tengah.


Pelabuhan utamanya menghubungkan India dengan negara luar ialah Broach, Chaul,Kalyan dan Cambay.
  


Terdapat persatuan perdagangan dan perusahaan(stresthin) di setiap bandar. 


Persatuan itu termasuklah persatuan tukang kayu, tukang logam dan tukang kulit.


Matlamat stresthin adalah untuk mengawal harga, kualiti barang dan gaji pekerja.


Terdapat undang-undang untuk mengawal stresthin.


Pelaksanaan undang-undang diawasi oleh raja.


Mata wang digunakan sebagai medium jual beli.


Semasa Zaman Gupta , bentuk wang emas telah digunakan.


Aktiviti perdagangan  sangat disokong oleh perkembangan dalam sektor perusahaan terutama tekstil, kain kapas dan sutera


Perusahaan barangan emas, mutiara dan batu permata turut berkembang.


 Pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap hasil perdagangan.


Contohnya hasil pertanian dan buah-buahan.


Cukai ini bertujuan menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja. 
  


Perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu  meningkat pada zaman Gupta.


Pedagang India memperolehi rempah, bedak wangi, gading gajah dari Alam Melayu.


Memperolehi tembikar, barang kaca dan minyak wangi dari China.


Perdagangan maritim dengan Rom dan Sri Lanka juga berkembang.  



PENDIDIKAN
Jelaskan  ciri-ciri pendidikan  dalam tamadun India     
Bermula pada Zaman Vedik.


Pendidikan sangat mementingkan keagamaan iaitu agama Hindu.


Pendidikan hanya didominasikan oleh kaum lelaki.


Golongan wanita tidak diberi peluang dalam pendidikan.


Pendidikan memberi perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab Veda.


Bahasa Sanskrit menjadi medium pengajaran penting.


Kaedah hafalan merupakan kaedah yang digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda.  


Matlamat pendidikan berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk menyediakan manusia  menghadapi hari selepas mati.


Tumpuan pendidikan ialah agama.


Segala hukum agama harus dipelajari supaya hidup sempurna.  


Pendidikan tinggi telah diberikan oleh Kolej Brahman bermula sebelum 100 S.M.


Sebelum itu, pendidikan diberi di istana dan rumah.


Pada abad ke empat lahir universiti agama Buddha iaitu Nalanda. 


Untuk mencapai taraf Brahmin, seseorang harus menghafal buku-buku agama khususnya Veda.


Kitab Veda mengandungi peraturan ritual, mentera, dan lagu-lagu agama.


Mereka juga harus mempelajari karya sinstifik dan falsafah.    


Pada zaman seterusnya pendidikan bertujuan untuk menambah ilmu ,  mengatasi buta huruf serta mendapatkan jawatan dalam pemerintahan



FALSAFAH
Jelaskan  ciri-ciri  Falsafah  dalam tamadun India   
Falsafah India merupakan falsafah terawal di dunia . 


Falsafah ini wujud dalam dua bentuk pemikiran yang besar.    .


Kumpulan yang bersumberkan kitab Veda dan yang menolak kitab Veda.


Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharya Veda.


Mahabharata dan Bhagavad Gita merupakan sumber falsafah yang terdapat dalam Veda.


Falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainisme dan Buddhisme



SAINS DAN TEKNOLOGI

Jelaskan  ciri-ciri  Sains dan teknologi  dalam tamadun India    

Sains dan teknologi adalah cabang kepada pengetahuan Vedik.



Pengetahuan tentang astronomi terdapat dalam  Rig Veda.



Ilmu matematik berkembang pesat pada zaman Gupta.



Ahli matematik India mengetahui konsep geometri. 



Mereka memperkenalkan sistem nombor  



Angka Brahmin dan angka Kharosti.. 



Ilmu perubatan berkembang kerana kecenderungan  masyarakat dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga



SENI BINA
Jelaskan  ciri-ciri  seni bina  dalam tamadun India
Stupa Besar di Sanchi bertujuan keagamaan.


Great Bath merupakan tempat mandi untuk tujuan penyucian diri.


Kompleks kuil di Gua Ajanta mengandungi 28 kuil-gua.


Terdapat menara pelbagai bentuk seperti kon, kubah dan pagoda



KESUSASTERAAN
Jelaskan  ciri-ciri  sastera  dalam tamadun India
Bahasa utama zaman Vedik ialah bahasa Sanskrit


Bidang sastera terbahagi kepada bentuk Vedik, Epik dan Sajak


Sastera agama Hindu dan Buddha terkenal ialah Epik Mahabharata dan Epik Ramayana



SISTEM SOSIAL


Jelaskan  susun lapis  masyarakat dalam tamadun India

Brahmin (Pendeta),



Ksyatria (Pahlawan)



Vaisya (Pedagang)



Sudra (Petani)



Jelaskan  ciri-ciri kasta dalam tamadun India
Terdapat tanggungjawab berbeza mengikut kasta


Diikuti dengan ketat oleh masyarakat


Seseorang yang dilahirkan dalam kasta tertentu tidak boleh mengubah kasta lain


Lelaki dilarang berkahwin dengan wanita kasta lain


Percampuran di kalangan ahli yang berbeza kasta dilarang


4 comments:

  1. ni baru betul apa yang aku nak

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Ada soalan berbunyi masyarakat India berupaya untuk membina bangunan yang lengkap seperti ........... Nak jawab ape ye

    ReplyDelete
  4. cara pemerintah tamadun india mengukuhkan tamadun mereka...nk jawab apa ye

    ReplyDelete