Powered By Blogger

Tuesday, January 22, 2013

sejarah PMR


Hasil kajian cikgu dengan membuat analisa soalan tahun-tahun lepas 2004-2012

rumusan yang dapat dibuat ialah:

  • tingkatan satu:   soalan no 1- soalan no 15       = 15   soalan
  • tingkatan dua:   soalan no 16 - soalan no 35    =  20  soalan
  • tingkatan tiga:    soalan no 36 - soalan no 60   =  25  soalan

untuk mendapat skor A pastikan anda betul 48 soalan daripada 60 soalan.

Mata pelajaran tingkatan satu agak mudah dikuasai...begitu juga dengan mata pelajaran tingkatan 3 kerana masih baru dipelajari tahun semasa.Pelajaran tingkatan dua pelajar perlu berusaha lebih sedikit untuk membuat ulangkaji kerana kebanyakan pelajar  kurang menguasai topik tingkatan dua.

Biasakan diri menjawab soalan-soalan tahun lepas..disiplinkan diri seminggu jawab satu set soalan tingkatan satu dan dua lebih kurang 35 soalan.Rujuk buku teks tingkatan satu dan dua untuk memastikan jawapan itu tepat.  Jika ada masalah jawapan sila berjumpa guru sejarah anda.

di sini cikgu muatkan soalan PMR 2004 untuk latihan minggu pertama..(.terima kasih pada panitia Sejarah SMK Kamil)

1          Mata pelajaran Sejarah diberikan penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).   Mengapakah mata pelajaran Sejarah perlu diberi penekanan?


            A          Memupuk semangat jihad
            B          Memupuk perpaduan kaum
C         Melahirkan semangat nasionalisme
D         Melahirkan ramai pakar sejarah

  • fosil
  • Kulit siput
  • Peralatan logam
 
2         





            Senarai di atas dapat diterima sebagai bahan melalui

            A          rujukan kepada orang sumber
            B          pengesahan pihak muzium
            C         perakuan ahli sejarah
            D         hasil kajian saintifik

  • Bukit Jawa, Perak
  • Bukit Bunuh, Perak
  • Gua Niah, Sarawak
 
3         





            Apakah tinggalan Zaman Pra-Sejarah yang mungkin ditemui di lokasi di atas?

            I           Alat batu
            II           Kubur lama
            III          Alat tembikar
            IV         Kapak Gangsa

            A          I dan II
            B          II dan III
            C         III dan IV
            D         I dan IV

4          Zaman Logam dan Zaman Neolitik berbeza kerana masyarakat Zaman Logam

            A          hidup menetap
            B          menternak binatang
            C         mempunyai adat resam
            D         menjalankan aktiviti perdagangan

Faktor Perkembangan Majapahit
 
5         



            X dalam rajah di atas ialah

            A          kekuatan ketenteraan
            B          keluasan jajahan takluk
            C         kemajuan sistem saliran
            D         pentadbiran yang sistematik

6          Mengapakah Parameswara memilih Melaka untuk membina kerajaannya?

            I           Kedudukan Melaka yang strategik
            II           Mempunyai benteng pertahanan semula jadi
            III          Melaka berada di bawah naungan Pelembang
            IV         Tanah yang subur untuk pertanian

            A          I dan II
            B          II dan III
            C         III dan IV
            D         I dan IV

  • Muar
  • Bentan
  • Kampar
  • Temasik
 
7         





            Senarai di atas merujuk kawasan jajahan takluk Melaka.
            Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka mengukuhkan kuasa di kawasan tersebut?

            A          Menyeragamkan sistem pentadbiran
            B          Mewajibkan penghantaran ufti
            C         Mewakilkan kuasa kepada pembesar
            D         Memperkenalkan pentadbiran tentera

8          Melaka berjaya mematahkan serangan Siam ke atas Melaka pada tahun 1456 disebabkan strategi perang Tun Perak. 
Strategi yang dimaksudkan ialah

            I           menggunakan perahu kecil
            II           mengikat jamung di pokok bakau
            III          membawa ahli keluarga
            IV         membina kubu pertahanan di pantai

A          I dan II
B          II dan III
C         III dan IV
D         I dan IV
  • Pusat kerajaan Johor sentiasa berpindah
  • Perdagangan di Selat Melaka terjejas
 
9         






            Apakah faktor yang membawa kepada berlakunya situasi di atas?

            A          Ancaman lanun
            B          Perang Tiga Segi
            C         Perluasan pengaruh Portugis
            D         Perebutan kuasa antara pembesar

Long Yunus telah membantu Sultan Trengganu memulihkan kekacauan yang berlaku di Kelantan
 
10                   



           

Peristiwa di atas berlaku pada tahun 1770-an.
            Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap Long Yunus?

            A          Dilantik sebagai wakil raja
            B          Dilantik sebagai pemerintah
            C         Dilantik sebagai Bendahara
            D         Dilantik sebagai Laksamana

  • sepelaung
  • setanak nasi
  • sepekan
 
11       
           




            Masyarakat Melayu tradisional menggunakan ukuran di atas untuk

            A          menyukat bijirin
            B          mengukur tanah
            C         mengukur jarak
            D         mengukur isipadu

  • Pitis
  • Duit tampang
 

12       

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan penggunaan mata wang di atas oleh masyarakat Melayu tradisional?
           
            A          Terlibat dalam aktiviti perdagangan
            B          Tumpuan saudagar asing
            C         Terdapat pelbagai jenis logam
            D         Mengabaikan kegiatan pertanian
  
13        Apakah tanggungjawab tuai rumah panjang di Sarawak?

            I           Mengajar agama
            II           Menetapkan tarikh Hari Gawai
            III          Menyelesaikan masalah perkahwinan
            IV         Perantara antara anak buah dan pemerintah

            A          I dan II
            B          II dan III
            C         III dan IV
            D         I dan IV

  • Suling
  • Sape
  • Engkerurai
 
14`      




            Senarai di atas merupakan peralatan tradisional masyarakat Sarawak.
            Senarai tersebut merujuk kepada

            A          alat muzik
            B          alat pertanian
            C         alat permainan
            D         alat menangkap ikan

  • Babas
  • Sogit
  • Kepanasan
 
15       




            Senarai di atas merujuk kepada amalan undang-undang adat etnik Kadazandusun.
            Apakah yang akan berlaku sekiranya undang-undang adat tersebut tidak dipatuhi?

            I           Bencana alam
            II           Mendapat penyakit
            III          Kerosakan tanaman
            IV         Gangguan oleh roh nenek moyang

            A          I, II dan III
            B          I, II dan IV
            C         I, III dan IV
            D         II, III dan IV


 

No comments:

Post a Comment