Powered By Blogger

Friday, October 11, 2013

SOALAN KBAT

KEPADA CALON SPM 2013!!!!!!!

Kami guru-guru sejarah menjangkakan tahun  ini soalan KBKK lebih banyak daripada tahun lepas....jangan lepaskan peluang untuk menjawab soalan ini.

Ubah suai drp blog tanyacikgusejarah.com.my
Soalan KBKK sejarah dalam SPM seringkali menghantui murid-murid. Ini kerana mereka menganggap soalan KBKK adalah sukar dan memerlukan tempoh berfikir yang lama dalam membina jawapan KBKK.

   Kita perlu ubah persepsi ini kerana soalan KBKK adalah mudah; sebab soalannya adalah terbuka jadi jawapan KBKKnya juga adalah terbuka. Ini bermaksud jawapan KBKK tidak terikat dengan peraturan pemarkahan. Selagi jawapan yang diberikan oleh murid adalah munasabah maka markah yang baik akan diberi.


  Jika calon SPM tidak menjawab soalan KBKK sejarah(biarkan kosong) maka sudah tentu tiada markah akan diberikan tetapi jika calon menjawab soalan KBKK walaupun calon merasakan jawapan tersebut seperti salah/terpesong peluang dapat markah tetap ada. Jadi yang mana satu lebih baik? Menjawab atau tidak menjawab? Sudah tentu menjawab.


   Beberapa garis panduan menjawab soalan KBKK sejarah SPM. Semoga ianya bermanfaat buat semua calon SPM:

1. KENAL PASTI BENTUK SOALAN KBKK. LAZIMNYA ADA 3 BENTUK SOALAN KBKK IAITU:
·                     Kontek diri (generasi muda)-nyatakan pendapat sendiri yang logik dan positif.
·                     Kontek negara (rakyat)-nyatakan pendapat sendiri yang logik dan positif
·                     Berdasarkan pengetahuan sejarah anda-fakta sejarah/pendapat sendiri yang berlandaskan fakta.

2. BERANI KELUARKAN APA SAHAJA IDEA YANG LOGIK WALAUPUN ANDA BERASAKAN IDEA ITU TIDAK HEBAT.

3. BERIKAN PENDAPAT YANG MUDAH SERTA RINGKAS SERTA AYAT YANG LENGKAP DAN TIDAK TERGANTUNG.

4. PECAHKAN JAWAPAN ANDA KEPADA ISI-ISI JAWAPAN YANG KECIL.

5. JAWAPAN ANDA TIDAK SEMESTINYA DALAM KONTEK SEJARAH KERANA SEMUA ASPEK JAWAPAN ADALAH DITERIMA!


 CONTOH BENTUK SOALAN KBKK KONTEK DIRI (GENERASI MUDA)

Soalan: Sebagai warganegara yang cintakan tanah air, jelaskan persiapan anda lakukan untuk mempertahankan Malaysia daripada sebarang bentuk penjajahan pada masa hadapan.

Perhatikan ayat yang dihitamkan, ini menunjukkan soalan KBKK ini berbentuk kontek diri.

Cadangan rangka jawapan KBKK yang boleh calon berikan:

1. Dari sudut akhlak diri:
·                     mematuhi ajaran agama
·                     mematuhi larangan agama
·                     jujur dalam perbuatan
·                     bertanggungjawab terhadap perbuatan
·                     menghindar budaya negatif
·                     kuat beribadah
·                     taat kepada Tuhan/Allah
·                     sentiasa muhasabah diri

2. Dari sudut positif diri:
·                     rajin belajar/ulangkaji pelajaran
·                     amalkan pendidikan sepanjang hayat
·                     kuasai ilmu
·                     kuasai kemahiran teknologi
·                     kuasai pelbagai bahasa/bahasa Inggeris
·                     tidak mudah putus asa
·                     berdikari
·                     kreatif dan inovatif
·                     berani mencuba
·                     tidak mementingkan diri sendiri
·                     sanggup berkoraban untuk kebaikan
·                     berdisiplin 
·                     menjaga jati diri
·                     berani menegakkan kebenaran
·                     tegas pertahankan idea
·                     bijak bertindak
·                     bijak merancang masa depan
·                     bersemangat waja
·                     berbudi bahasa

 3. Dari sudut hubungan sosial:

·                     meningkatkan perpaduan kaum
·                     semangat kekitaan
·                     semangat bermasyarakat
·                     bersedia bekerjasama
·                     saling menghormati
·                     menghargai rakan
·                     bertolak ansur
·                     menghormati pegangan agama lain
·                     menghormati amalan budaya orang lain
·                     membantu golongan yang memerlukan
·                     menyokong dasar-dasar kerajaan
·                     aktif dalam aktiviti sukarela

4. Dari sudut patriotisme:
·                     cinta akan negara
·                     setia kepada negara
·                     menjaga nama baik negara
·                     sanggup berkorban demi negara
·                     berani berjuang
·                     bersemangat kental
·                     sanggup mempertahankan maruah negara
·                     bijak merancang strategi sebelum bertindak
·                     kekalkan kedaulatan negara
·                     negara kita tanggungjawab kita
·                     sepakat dalam perjuangan
·                     berbangga dengan keunikan negara
·                     menghormati perjuangan tokoh-tokoh negara
·                     sedia berubah untuk kemajuan
·                     tolak ansur dalam menghadai konflik
·                     menolak amalan rasuah.

 CONTOH BENTUK SOALAN KONTEK NEGARA (SEBAGAI RAKYAT)


Soalan: Berdasarkan pengkajian anda terhadap kegemilangan kerajaan Bani Abbasyiah, terangkan iktibar yang boleh diambil untuk menjadikan negara dan bangsa Malaysia lebih gemilang pada masa akan datang.

Perhatikan ayat yang telah dihitamkan. Ini bermaksud soalan KBKK tersebut adalah berbentuk kontek negara (sebagai rakyat).

Cadangan rangka jawapan yang calon boleh berikan:


ASPEK POLITIK:


1. Dari sudut kepimpinan:
·                     memilih pemimpin yang benar-benar layak
·                     memilih pemimpin yang berwawasan
·                     memilih pemimpin yang jujur dan amanah
·                     memilih pemimpin yang cemerlang
·                     menghormati pemimpin
·                     mencontohi pemimpin agung/Nabi Muhammad s.a.w
·                     menolak pemimpin yang rasuah
2. Dari sudut keamanan:
·                     mengekalkan keamanan negara
·                     tidak memainkan isu yang sensitif
·                     menghormati hak asasi
·                     menghormati agama lain
·                     menghormati budaya lain
·                     mematuhi undang-undang negara
·                     menolak sebarang bentuk keganasan
·                     mengamalkan konsep 1 Malaysia
·                     elak campur tangan asing
·                     menghormati amalan demokrasi
·                     menghargai keamanan
·                     tidak bersikap fanatik
·                     menegakkan undang-undang yang adil
·                     menghormati prinsip demokrasi
·                     menghormati suara ramai
·                     mewujudkan perpaduan kaum
·                     menolak politik perkauman
·                      
3. Dari sudut hubungan luar
·                     mengelakkan peperangan
·                     bersahabat dengan semua negara
·                     menghormati negara lain
·                     menghapuskan diskriminasi
·                     bersama menentang gejala negatif
·                     elakkan campurtangan asing
·                     membantu negara yang memerlukan
·                     adil kepada semua negara
·                     menyokong usaha-usaha keamanan
·                     mengamalkan prinsip berkecuali
·                     mengelakkkan perlumbaan senjata
·                     berpegang kepada nilai sejagat
·                     menentang penggunaan senjata nuklear
·                     menyokong keputusan PBB

ASPEK SOSIAL

4. Dari sudut pendidikan:
·                     menekankan kepentingan pendidikan
·                     menambah peruntukan bagi pendidikan
·                     melaksanakan dasar pendidikan wajib
·                     memperbanyakkan pusat pengajian tinggi
·                     menghargai para ilmuan
·                     menggalakkan kajian dan penyeliddikan
·                     membudayakan pendidikan sepanjang hayat
·                     memberi biasiswa
·                     membudayakan ilmu
·                     memperbanyakkan perpustakaan
·                     menambah bilangan penuntut PhD
·                     menghargai sistem pendidikan negara
·                     meluaskan capaian internet
·                      
5. Dari sudut hubungan kaum:
·                     meningkatkan perpaduan kaum
·                     bersedia bekerjasama
·                     saling menghormati
·                     saling menghargai
·                     menghormati pegangan agama lain
·                     menghormati amalan budaya lain
·                     menghormati kebebasan beragama
·                     menyokong budaya kebangsaan
·                     tidak memperbesarkan perbezaan yang wujud
·                     mengamalkan nilai-nilai murni
·                     membudayakan gotong royong
·                     semangat kejiranan
·                     bertolak ansur

6. Dari sudut alam sekitar:
·                     menyokong pemeliharaan alam sekitar
·                     menyertai kempen alam sekitar
·                     menjaga kebersihan 
·                     tidak membuang sampah merata-rata
·                     menyokong teknolgi hijau
·                     mengelakkan pencemaran
·                     menjimatkan tenaga
·                     menyokong penggunaan tenaga solar
·                     menyokong program kitar semula
·                     mengelakkan pembakaran terbuka

7. Dari sudut kesihatan:
·                     sentiasa bersenam
·                     amalan pemakanan yang seimbang
·                     amalkan gaya hidup sihat
·                     sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan
·                     tidak merokok
·                     tidak mengamalkan seks bebas
·                     hindari penyalahgunaan dadah

ASPEK EKONOMI

8. Dari sudut kemajuan ekonomi:
·                     menggunakan semua sumber negara
·                     meneruskan kecemerlangan sedia ada
·                     bekerja kuat bagi memajukan ekonomi
·                     menumpukan kemahiran tinggi
·                     menambah bingan pekerja mahir 
·                     membina pusat latihan
·                     mengurangkan karenah birokrasi
·                     berusaha dan produktif
·                     mengekalkan kestabilan ekonomi
·                     memajukan IKS
·                     memajukan industri asas tani
·                     memajukan perdagangan antarabangsa
·                     menghasilkan produk yang berkualiti
·                     memberi bantuan kewangan
·                     memberi bantuan mesin/tekologi
·                     memberi bantuan teknikal

9. Dari sudut mencari peluang baru:
·         mencari peluang ekonomi baru
·         meluaskan pasaran
·         meningkatkan kajian dan pembangunan (R&D)
·         melakukan inovasi
·         menyediakan kemudahan asas
·         idea bertaraf dunia
·         mampu mereka cipta
·         menarik pelabur luar
·         berani mengambil risiko
·         mengantarabangsakan produk negara
·         menyediakan pelbagai insentif
·         menumpukan kepada k-ekonomi







tajuk penting calon spm 2013

Jangan meramal soalan...cuba menguasai tajuk-tajuk bab  yang tersenarai

Tingkatan 4

bab 2
bab 5
bab 8
bab 10

Tingkatan 5
bab 1
bab 2
bab 3
bab 5
bab 7
bab  8
bab 9

topik yang boleh diberi pehatian
Tingkatan 4

1.      Perluasan kuasa
2.      Pendidikan 
3.      Undang-undang
4.      Pentadbiran
5.      Ekonomi
6.      Hijrah
7.      Penaklukan kota makkah
8.      Piagam Madinah
9.     Aqabah
10.   Kesan islam dalam bidang pentadbiran
11.   Kesan islam dalam bidang perundangan
12.   Kesan islam dalam bidang ekonomi
13.   Akta tanah
14.   Perbandaran
15.   Khalifah abu bakar/umar/uthman/ali


Tingkatan 5

1.     Birokrasi barat
2.     Pesatuan melayu
3.     Akhbar/
4.     Gerakan islah
5.     Negara bangsa malaysia/madinah
6      Negeri semilan demokrasi
7      Jemaah menteri kelantan
8.     Malayan union
9.     Suruhan jaya reid
10.   Pembentukan Malaysia
11      Mahkamah/
12      Pilihanraya/
13    Perlembagaan
14    Akta bahasa/Dasar kebudayaan/sukan
15    Sistem pendidikan Kebangsaan
16.   Wawasan 2020
17    Dasar luar
18    Asean
19    Perang dingin

Dari blog cikgu zamri begini pula

Tajuk-Tajuk Popular Sejarah SPM 2013
Tajuk Ting 4 :
1.   Bab 2 : Pendidikan / Sains Teknologi
2.   Bab 5 : Hijrah/ Piagam madinah
3.   Bab 7/8 Gabung : Ekonomi/Cukai dan gaya hidup
4.   Bab 10 : Kesan dasar British

Tajuk Ting 5
1.   Gerakan Islah
2.   Birokrasi barat – Faktor dan Kesan
3.   Suruhanjaya Reid
4.   Pembentukan Malaysia
5.   Perlembagaan
6.   Konsep Perpaduan  sukan/pendidikan
7.   Lambing/Logo


8.   Dasar Luar Malaysia – Serantau 

Tuesday, April 9, 2013

TEKNIK BELAJAR BERKESAN UNTUK PELAJAR LELAKI

Aduh pening kepala cikgu memikirkan apakah formula yang sesuai untuk anak SMADF yang semuanya lelaki ni...Dah nak masuk  6 tahun cikgu mengajar di sekolah ini... tahun lepas cikgu sedikit gagal melahirkan pelajar cemerlang sejarah.Puas mencari punca...agaknya cikgu banyak sangat beri tumpuan pada pelajar PMR. Keputusan  PMR menjadi SPM pula...Seribu kemaafan andainya inilah punca ketidak cemerlangan awak semua dalam mata pelajaran sejarah aduhai pelajar SPM 2012.Hidup mesti diteruskan yang penting Allah belum nak bagi rezeki mungkin usaha x cukup kuat.  Apalah yang boleh dikatakan...pasrah benda dah berlaku...

Tahun ini cikgu akan cuba mengatur langkah... tidak mahu pisang berbuah 2X mungkin Allah nak beri peringatan pada cikgu juga...jangan dibuai mimpi.

Ciri-ciri pelajar lelaki tentang menerima pelajaran

i.   tak suka cikgu menceceh...terus je buat latihan
ii   tak payah terang berjela-jela  x diapiknya tidor karang
iii  aktif banyak pergerakan x boleh duduk diam...punggung x ada lemak
iv  suka diberi ganjaran /
v   malas baca buku teks/soalan pun kadang x baca habis
vi  kerja asal ada..cincai janji siap dan betul

Tahun ni cikgu nak cuba buat nota poket... bab 1 bab 2 bab 9 tingkatan 5 wajib pelajar yang dapat buat bab lain selain yang cikgu suruh ada ganjaran...kata nak A kangkang plus kiri kanan   +A+

latihan soalan objektif mesti lebih 1001soalan

2 latihan struktur seminggu dan satu soalan esei

1 latihan kertas 3 setiap dua bulan.

silibus mesti habis akhir bulan Jun

bulan Julai sudah start Kelas Mastery