Pada 24 April 2015 saya dijemput ke SMA(JAIM) Al-Ehya El-Karim untuk menyampaikan perkongsian ilmu teknik belajar sejarah menggunakan kaedah lagu kepada pelajar-pelajar calon SPM
Kaedah ini sudah saya gunakan di SMA Darul Falah sejak 2014 semasa menghasilkan kajian tindakan di peringkat sekolah.
Dalam pemerhatian saya golongan remaja memang suka pada muzik dalam pelbagai genre. Saya selalu melihat pelajar sekoalah saya menggumpul senikata lagu dan menyanyi bila ada waktu terluang.
Untuk mengingat fakta sejarah bukan mudah bagi pelajar lelaki yang tidak suka membaca.Lalu saya menggunakan kekuatan mereka menghafal lirik lagu untuk menerapkan fakta sejarah dalam lagu kegemaran mereka.Alhamdulillah mereka suka dan mula menunjukan minat yang baik.
Saya bercadang menghasilkan koleksi lagu-lagu yang telah diubahsuai untuk P&P sejarah bagi membantu pelajar mengingati fakta sejarah .
lagu pertama yang saya minta pelajar tingkatan 5 Faizun tukar lirik
Lagu: intifada-rabbani
Lirik ubah suai:undang
tubuh johor by f5 smadf
Undang tubuh negeri johor
4x
Undang tubuh johor
Ditubuh Abu Bakar
Membentuk demokrasi
Mantap pentadbiran
Menghalang penjajahan
Cita-cita jaya
Undang tulis pertama
Bijak dan sempurna
Sultan pewaris tahta
Iktiraf melayu rakyatnya
Islam agama rasminya
Di asas perlembagaan….barat
Oooo
Muslim melayu pewaris tahta
Para Pembesar larang
menyerah negeri
Oooo
Muslim melayu pewaris tahta
Taat setia pada raja negeri
Menteri besar dipilih oleh raja
Timbalan dipilih jemaah
menteri
dengan pekenan raja fasal 49
Negeripun dah aman tiada penjajahan
Sultan pewaris tahta
Iktiraf melayu rakyatnya
Islam agama rasminya
Di asas perlembagaan….barat
Choros
Masihkah tak percaya
Abu Bakar bijaksana
Bapa pembangunanpemodenan
Itu semua johor yang punya
No comments:
Post a Comment